Friday, July 1, 2011

KONSEP ASAS ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP ASAS ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.


KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

1. KAEDAH TUTORIAL

Menurut kaedah ini ICTdigunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori (menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbing, memberi latihan dan menilai pencapaian.






2.KAEDAH PENEROKAAN
Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal.
Dalam kaedah ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut : pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.






3.KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
Dalam kaedah ini, ICT digunakan bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan sebagainya.






4. KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI
Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod. Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses P&P.




Adakah Pengajaran dan Pembelajaran masa kini masih dalam keadaan begini ?




About · Blog · Pricing · Privacy · Terms · Support · Upgrade

No comments: